Friday, December 31, 2010

DCD Hajah Fatimah Husein

DCD Hajah Fatimah Husien (74 tahun) dan Encik Azman Badron
bergambar bersama Pengerusi Eksekutif SURECO Tuan Haji Rasyid Abdullah, Encik Abu Bakar dan Encik Shahrudin di kediaman mereka di Ulu Tebrau, Ulu Tiram Johor.

Thursday, October 28, 2010

KANSER PAYU DARA- Kesan kepada lelaki lebih parah

KANSER PAYU DARA- Kesan kepada lelaki lebih parah

PERKATAAN payudara itu sendiri secara tidak langsung sudah merujuk kepada wanita. Lalu tidak hairanlah jika membicarakan mengenai penyakit kanser payudara, pasti ia disasar kepada golongan itu.

Disebabkan fahaman tersebut, ramai lelaki mengambil jalan mudah memandang remeh tentangnya. Bagi mereka, penyakit itu ‘eksklusif’ untuk wanita dan jika ada pun di kalangan lelaki, peratusannya sangat rendah.

“Lelaki juga sebenarnya berisiko diserang penyakit yang sama,” kata Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi.

Malah katanya, kebanyakan kanser payudara yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih buruk. Ini kerana ia akan menular kepada organ lain dengan cepat sehingga membawa kematian.

Jelas beliau lagi, walaupun jarang berlaku, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih berbahaya kerana sel kanser itu lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita.

Merujuk kepada kajian Majlis Kanser Nasional, dari 1999 hingga 2006 bagi negeri Kelantan, seramai enam lelaki telah meninggal dunia akibat penyakit itu.

Pada tahun lalu sahaja kata beliau, sebanyak tiga kes dikesan dengan satu daripadanya meninggal dunia (kanser tahap 4) manakala dua lagi kembali berkerja setelah menjalani rawatan dan pembedahan.

Menurut Dr. Nik Munirah, daripada semua kes kanser di dunia, 0.1 peratus melibatkan kaum lelaki. Ini bermakna satu daripada 1,000 lelaki akan mendapat penyakit itu.

Mengikut perangkaan katanya, 0.22 peratus kematian lelaki di dunia disebabkan kanser jenis itu. Di Amerika Syarikat sepanjang tahun ini (setakat Oktober) sahaja, sebanyak 1,907 kes dikesan dan 390 daripadanya meninggal dunia.

Seperti juga kanser payudara wanita, keturunan merupakan faktor utama lelaki mendapat kanser payudara terutama andai melibatkan keluarga terdekat,” kata Dr. Nik Munirah.

Menurutnya, sama seperti kanser jenis lain, risiko seseorang lelaki untuk mendapat kanser menjadi tinggi berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai keluarga menghidap kanser.

Selain itu, risiko lain seperti pengambilan alkohol, tempat tinggal seseorang di kawasan radiasi tinggi (kuari dan kilang uranium) juga turut menyumbang. Penyakit Sindrom Klinefelter (47 XXY) di mana menyebabkan hormon estrogen tinggi dalam darah bagi lelaki juga menyumbang kepada kanser jenis itu.

“Saya percaya pengambilan makanan seperti makanan segera turut tidak terkecuali walaupun tiada kajian khusus dibuat bagi mengesahkannya,” kata beliau.

Jelas beliau lagi, kebanyakan pesakit lelaki yang menghidap kanser paydara berumur melebihi 40 tahun, bagaimanapun ia boleh berlaku pada sebarang usia.

Pengesanan

Pemeriksaan saringan mamografi hanya dilakukan untuk wanita sahaja. Ia merupakan kaedah unggul untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal, di mana kanser itu belum disedari oleh wanita tersebut. Mamografi boleh mengesan kanser payudara satu tahun lebih awal sebelum wanita tersebut mendapat sebarang sindrom atau tanda-tanda.

Bagaimana pula dengan lelaki?

Menurut Dr. Nik Munirah, kanser payudara lelaki berlaku pada bahagian tisu payudara.

Sebarang keganjilan pada payudara lelaki merupakan simptom utama mereka menghidap kanser.

“Biasanya mereka akan merasa benjolan atau ketulan di belakang puting susu (nipple) dan payudara akan membesar sebelah (gynaecomastia).

‘‘Lelaki tersebut juga akan mengalami pengeluaran cecair dari puting, perubahan warna kulit di payudara atau puting susu tertarik ke dalam, katanya.

Jelas beliau, mungkin lelaki tersebut tidak sedar dengan perubahan payudara mereka. Namun, isteri atau keluarga terdekat boleh membantu kerana perubahannya sangat ketara.

“Kekadang isteri yang merasakan payudara suaminya kelihatan besar sebelah,” katanya.

Dr. Nik Munirah tidak menolak kemungkinan pengambilan steroid boleh menyebabkan payudara lelaki membesar namun ia berlaku di kedua-dua belah.

Seandainya seseorang lelaki itu disyaki menghidap kanser payudara, kata Dr. Nik Munirah, pemeriksaan ultrasound akan dilakukan. Biasanya ketulan (sekiranya ada) akan kelihatan dengan jelas.

Bagi kanser payu dara lelaki, biasanya pemeriksaan mamografi tidak akan dilakukan melainkan ia benar-benar diperlukan untuk diagnosis sekiranya tidak yakin dengan keputusan ultrasound.

“Ujian tisu biopsi akan dilakukan untuk pengesahan tisu barah di makmal patologi. Sel kanser payudara lelaki adalah lebih agresif daripada sel payudara wanita, cepat merebak ke organ lain dan menyebabkan kematian,” kata Dr. Nik Munirah.

Puncanya kata beliau, sehingga kini masih tidak diketahui. Kanser payudara lelaki merebak melalui salur limfa dan salur darah. Sama seperti kanser payudara wanita, sekiranya penyakit dapat dikesan di peringkat awal, harapan untuk sembuh adalah tinggi.

“Lebih 90 peratus harapan untuk sembuh sekiranya penyakit kanser dikesan pada tahap 1,” kata beliau lagi.

Rawatan

Bagi penentuan jenis rawatan yang diperlukan, doktor akan mengesan peringkat mana pesakit menghidapi kanser, keadaan kesihatan keseluruhan dan kesediaan pesakit sendiri.

“Seperti juga kanser payudara wanita, pembedahan mastektomi dijalankan bagi membuang keseluruhan payudara yang dijangkiti dengan cara membuang tisu termasuk lobul, liang, tisu lemak dan bahagian kulit termasuk puting serta aerola,” kata Dr. Nik Munirah.

Manakala pembedahan lumpectomy dijalankan bagi membuang bahagian yang dijangkiti sahaja.

Selepas pembedahan, pesakit perlu melalui rawatan radioterapi dan/ atau kemoterapi.

Radioterapi katanya menggunakan pancaran tenaga tinggi seperti sinar-X untuk membunuh sel kanser.

Bagi kanser payudara lelaki, terapi jenis itu digunakan untuk menyingkirkan sel-sel yang tertinggal di dada, otot dada dan ketiak selepas pembedahan.

Manakala kemoterapi pula kata Dr. Nik Munirah adalah sejenis dadah yang digunakan untuk membunuh sel kanser.

Rawatan kemoterapi melibatkan dua atau tiga ubat berlainan berbentuk pil atau suntikan melalui vena di bahagian lengan (intravena).

Kesedaran

“Secara amnya, tiada kesedaran di kalangan lelaki walaupun tahu mereka juga berisiko (walaupun kecil, 0.1 peratus) untuk mendapat kanser payudara,” kata Dr. Nik Madihah.

Biasanya kata beliau, mereka lebih memikirkan golongan wanita yang akan menghidap penyakit itu dan bagaimana mereka perlu bertindak sekiranya isteri, adik perempuan atau ibu mereka mendapat penyakit tersebut.

Buat masa ini katanya, tiada pemeriksaan saringan dijalankan untuk kaum lelaki tetapi mereka boleh datang ke hospital untuk pemeriksaan doktor dan seterusnya melakukan pemeriksaan ultrasound jika perlu.

Kata beliau sehingga kini tiada kumpulan sokongan yang khas untuk lelaki di Malaysia. Bagaimanapun kumpulan NGO seperti

BCWA (di Selangor) dan KAWAN (Kelantan) diwujudkan untuk semua pesakit kanser payudara tidak kira wanita atau lelaki.

“Kesedaran paling penting dalam menangani sebarang jenis penyakit. Kepada golongan lelaki, sila beri perhatian terhadap kesihatan anda kerana anda adalah ketua keluarga yang menjadi tunjang kepada isteri dan anak-anak,” katanya lagi.

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN

bintu.rahman@utusan.com.my

ARKIB : 24/10/2010

Utusan Malaysia

Sunday, October 24, 2010

Hari Keluarga SURECO Di Kuala Terangganu

16 Oktober 2010, Ahli-ahli sureco di Terengganu yang diketuai oleh ustaz Soleh dan isteri telah menganjurkan hari keluarga di Dara Inn Kuala Terengganu. Mewakili pihak syarikat Tuan Haji Rasyid Abdullah dan Encik Khairul Hisham Mat Hassan. Program bermula jam 11.00pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Dalam program ini pelbagai acara diadakan antaranya, Testimoni penggunaan produk SURECO.

Ucapan aluan oleh Tuan Haji Rasyid Abdullah

Ustaz Soleh selaku pengerusi hari keluarga SURECO

Jentera tempur SURECO milik Ustaz Soleh.

Ustaz Azman bersama keluarganya.

Menikmati jamuan

Acara rebut kerusi

Dok boleh kerusi pulak ambo ni.. kata Encik Dollah (Stokis Negeri Kuala Terangganu)

Acara mengisi air dalam botol.

Acara boling dewan.

Tuan Haji Rasyid pun mencuba boling dewan.

Ustaz Soleh macam pemain boling profesional je..

Kemas kak Hasinah..dengan gaya tersendiri boling dewan

Acara bawa kotak kopi dengan kepala berpasangan.

Acara bawa botol madulina dalam sudu oleh kanak-kanak

Acara bawa kotak kopi atas kepala individu.

Acara puzzel menguji minda kanak-kanak.


Tuan Haji Rasyid sedang mencari pemenang acara puzzel ni...
Pilih betul-betul cikgu kata Ustaz Soleh.

Acara rebut coklat kanak-kanak.

Pengakuan pengguna mengenai kebaikan produk SURECO oleh Puan Mazni Dollah (Stokis Negeri Terengganu)

Ustaz azman berkongsi mengenai madulina yang begitu banyak khasiat, beliau memberikan anaknya meminum madulina sebagai ganti susu tepung. Alhamdulillah katanya.

Puan Zaidah mendapat tempat pertama, testimoni penggunaan produk.

Puan Hasinah mendapat tempat kedua, testimoni penggunaan produk.

Ustaz Jusoh mendapat tempat ketiga, testimoni penggunaan produk.

Pemenang tempat pertama acara berpasangan bawa kota kopi cenkudu dengan kepala.

Pemenang tempat kedua acara berpasangan bawa kota kopi cenkudu dengan kepala.

Pemenang tempat ketiga acara berpasangan bawa kota kopi cenkudu dengan kepala.

Tuesday, October 12, 2010

Jualan langsung jana RM10 bilion 2017

Jualan langsung jana RM10 bilion 2017

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 10 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan industri jualan langsung dalam negara dapat menjana nilai jualan tahunan sebanyak RM10 bilion menjelang 2017.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sasaran itu menunjukkan keupayaan sektor jualan langsung tempatan bergerak setanding dengan negara-negara yang telah lama bertapak dalam industri itu seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, perkembangan itu sekali gus memberi kesan positif kepada syarikat jualan langsung asing agar lebih yakin untuk memasuki pasaran negara ini.

‘‘Sumbangan yang dijanakan oleh industri jualan langsung negara pada 2009 berjumlah RM4.23 bilion dan ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada sektor perdagangan pengedaran.

‘‘Kerajaan menganggarkan sumbangan sub sektor perdagangan pengedaran kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sekitar 13.3 peratus pada tahun lepas,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, usaha yang dilakukan oleh usahawan jualan langsung tempatan selama ini selaras dengan matlamat Pelan Induk Perdagangan Pengedaran kementerian dalam usaha melihat sektor peruncitan negara mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Beliau memberitahu, perniagaan jualan langsung kini bukan lagi merupakan sebuah perniagaan untuk mendapatkan pendapatan sampingan semata-mata sebaliknya mampu menjana pendapatan yang tinggi.

‘‘Zaman telah berubah di mana perniagaan ini dapat dijadikan satu kerjaya tetap dan mampu memberikan pulangan pendapatan tinggi dan lumayan.

‘‘Dengan syarat seseorang itu berusaha dengan bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan,” katanya.

Friday, October 8, 2010

SURECO RAYA DI IBU PEJABAT

Majlis sambutan hari raya di sambut begitu meriah di Ibu Pejabat SURECO, Ramai tetamu yang hadir teruja menikmati KARI KIBAS yang dihidangkan, SAMBAL DAGANG istimewa resepi SCD Puan Hajjah Fatimah Hussein dari Ulu Tiram, Johor antara hidangan yang membuka selera.

Kakitangan SURECO sedang menghidang kari kibas

Tuan Haji Rasyid, Ustaz Mohd Jelani dan tetamu sedang menikmati kari kibas


Memang sedap kata Zikri hingga mengenyit mata

Ucapan oleh Tuan Haji Rasyid,
selepas bacaan tahlil yang di pimpin oleh Tuan Haji Mohd Yusof Mohd Noh.

Jantung Kita Yang Tidak Mengenal Penat

Jantung Kita Yang Tidak Mengenal Penat

29 Syawal 1431 H
Oleh: Dr. Azman Ibrahim

Bagi kita, jantung adalah organ asas. ia berdenyut sekitar tujuh puluh dua kali seminit atau kira-kira empat puluh juta kali setahun. untuk memahami bagaimana proses ini amat memeningkan, cuba buat genggaman dengan tangan kita dan kemudian lepaskannya, kemudian terus buat genggaman dan lepaskannya. Berapa minit kita dapat berbuat begitu?

Jantung kita, yang bersaiz sebesar penumbuk kita, berterusan melakukan aktiviti ini sepanjang hidup kita tanpa merasa letih atau berhenti. Jantung kita tidak pernah berhenti sekalipun ketika kita tidur.

Jika merasa gembira, jantung kita akan berdenyut lebih pantas, dan ia berdenyut perlahan ketika kita berehat. Jantung kita melakukan penyelenggaraan ini secara automatik ketika kita tidak menyedarinya.

Setiap kali jantung kita berdenyut, ia mengepam darah ke seluruh badan kita. Apa yang kita perlukan untuk hidup terdapat dalam darah ini. Setiap sel kita menerima oksigen dan makanan yang diperlukan daripada darah. Jantung kita mengepam sekitar 43,000 liter darah setiap hari.

Tahukah kita berapa banyak darah ini? Ia mencukupi untuk memenuhi 150 tab mandian. Tidakkah kita merasa penat sekiranya kita cuba mengeringkan sebuah tab mandian menggunakan sebiji cawan? Sekarang bayangkan bagaimana hendak mengeringkan air di dalam 150 tab mandian dengan sebiji cawan? Mungkin kita tidak dapat melakukan tugas sukar ini.

bagaimanapun, jantung kita telah melakukan tugas ini dan telah melakukannya sejak kita dilahirkan dan akan terus melakukannya sehingga kita meninggal dunia. Lebih-lebih lagi, ia tidak pernah berhenti.

Kita, misalnya akan berehat ketika melakukan kerja-kerja berat. Kita perlu berbaring atau berehat tetapi jantung kita tidak pernah letih. Ia kecil tetapi tugasnya amat besar. Kerana itulah Allah menjadikannya sedemikian rupa sehingga ia tidak pernah letih.

Monday, October 4, 2010

Saturday, October 2, 2010

TMSSUREXT

Dapatkan maklumat mengenai keistimewaan dan kelebihan TMSSUREXT
layari tmssurext.blogspot.com.

Sekian, Terima Kasih.

Pengurusan.

Friday, September 24, 2010

Khasiat Mengkudu (Ratu Tumbuhan Berbuah Sakti)

Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda citrifolia adalah sejenis tumbuhan herba yang dikatakan berasal dari kawasan Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Tumbuhan ini menjadi sumber perawatan yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Melalui penulisan Gard Bull dalam buku Medical Book of Malayan Medicine, 1930 menyatakan mengkudu digunakan oleh orang Melayu untuk rawatan bagi masalah keputihan, pembuangan air kecil dan membuang toksik dalam badan. Kajian juga menunjukkan bahawa sejak 2000 tahun yang lampau, orang Polynesia menggunakan tumbuhan ini untuk merawat masalah kandungan gula dalam darah, tekanan darah tinggi,sakit otot, sakit kepala dan pelbagai lagi masalah kesihatan.

Khasiat mengkudu apabila diamalkan secara berterusan boleh memberi faedah-faedah berikut kepada para pengamal:

  • Membantu mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor
  • Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol dalam tubuh
  • Melegakan gangguan dalam tubuh seperti kencing manis, sakit kepala, masalah ginjal, buah pinggang, pundi hempedu dan tiroid
  • Melegakan masalah berkaitan sistem pernafasan seperti resdung, asma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan demam selsema.
  • Melegakan gangguan sistem penghadaman seperti perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah, buasir dan keracunan makanan
  • Melegakan masalah berkaitan dengan mulut dan tekak seperti radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi
  • Melegakan sakit tulang dan sendi, terseliuh dan gout
  • Membantu memulihkan penyakit kulit seperti luka, gatal-gatal, bisul, kurap, radang dan ulser kulit
  • Melegakan sakit puan seperti senggugut dan gangguan haid
  • Membantu memulihkan kesan umum penuaan (awet muda)
  • Membantu menghilangkan ketagihan dadah dan rokok
  • Membantu memulihkan sistem kesuburan lelaki dan wanita
  • Meredakan kesakitan (analgesik)
  • Meningkatkan tenaga tubuh badan
  • Mengurangkan tekanan (stress)

Selain daripada buah mengkudu, setiap bahagian pokok mengkudu juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata, kulitnya boleh mengubati penyakit malaria dan disentri. Daunnya pula boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman yang bermujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Air rebusan daun mengkudu boleh menyihatkan dan mengecutkan rahim ibu yang baru bersalin. Batang mengkudu boleh mengurangkan tekanan darah. Akarnya pula sesuai untuk penawar penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak. Selain daripada itu, mengkudu juga boleh meredakan penyakit batuk, penyakit kuning, demam panas, merekah tumit kaki dan betis kering bersisik.