Wednesday, September 16, 2009

Kebaikan Dan Khasiat Sarang Walet

Air Sarang Burung (Bird Nest Drink) Keluaran SURECO kini berada dipasaran


9% moisture
20% inorganic ash
32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids)
38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).
(Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo.

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung Walet merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada berbagai macam eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

1. Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

2. Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

3. Pengambilan sarang burung wallet semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

4. Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

5. Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

6. Untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru.

7. Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah (cancer).

*sumber Love & Care Worldwide

Dapatkan produk air sarang keluaran SURECO sekarang
sila hubungi 05-6251187/88/89


Tuesday, September 15, 2009

Anak kambing makin bertambah


Anak Kambing Kedua

Anak Kambing Ketiga

En Zaini sedang merawat kambing jantan

Friday, September 11, 2009

Jamnapari King Makin Gemar Makan Daun dan Buah Mengkudu

Ustaz Salleh selaku stokis negeri Terangganu sedang menyuap buah mengkudu ke mulut kambing jantan


Terpegun Ustaz Salleh melihat Jamnapari King
berdiri

Haji Rahim sedang menyuap kambing makan buah mengkudu



Wednesday, September 9, 2009

PRODUK TERBARU KELUARAN SURECO


AIR MINUMAN SARANG BURUNG WALET


Pengenalan


Menurut kajian yang dilakukan oleh Hong Kong Chinese University, kandungan Glikoprotein yang terdapat di dalam sarang burung dapat membantu proses penghasilan sel manusia sekaligus meningkatkan kadar metabolisme dan fungsi organ dalaman manusia. Ia amat baik untuk setiap peringkat umur dan jantina.


Khasiat-khasiat air sarang burung


Lelaki


Meningkatkan fungsi buah pinggang dan peparu, menguatkan sistem imunisasi badan dan badan tidak menjadi lemah.


Wanita

Pengambilan yang berterusan dapat melembut dan melicinkan kulit serta mengekalkan awet muda disamping menguatkan sistem imunisasi badan.


Wanita Hamil

Pengambilan ketika hamil menambah imuniti fetus dan membantu proses pemulihan selepas bersalin


Warga Emas

Dapat membantu mengeluarkan kahak, menambah keupayaan jantung, paru-paru dan buah pinggang serta menambah selera makan


Kanak-kanak / Bayi

Meningkatkan imuniti dan tidak mudah dihidapi semam selesema.


Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak syarikat telah mengeluarkan produk baru 'AIR SARANG BURUNG' untuk dipasarkan secara 'Trading' (Tanpa PV) dengan harga seperti berikut:-


1 botol (120ml)


Malaysia Barat

Harga Ahli : RM4.00

Harga Pelanggan :RM5.00


Malaysia Timur

Harga Ahli : RM5.00

Harga Pelanggan : RM6.00


Produk ini dibungkus sedozen dengan 12 botol setiap satu dan boleh dipesan mulai 05 september 2009 di mana-mana rangkaian PPPS, stokis SURECO atau hubungi Ibu Pejabat untuk maklumat lanjut.


Semoga produk baru ini dapat meningkatkan jualan tuan/puan dan memberi manfaat kesihatan kepada semua pihak yang mengamalkannya. Amin!

Monday, September 7, 2009

Renungan kita bersama...

Tahap dan tingkatan puasa.

http://akhisalman.blogspot.com

Bulan Ramadan semakin meninggalkan kita. Saat artikel ini ditulis, sudah masuk hari yang ke 16. Bagaimanakah dengan puasa kita. Ditahap "tadika" , "sekolah rendah" , "sekolah menengah " atau "universiti". Masing2 melalui ramadan mengikut tahap keimanan dan ketakwaannya. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain.

Firman Allah swt:ولكل درجات مما عملوا
"Dan setiap orang yang beramal mempunyai tahap dan tingkatan yang tertentu."
(Al-'Anam : 132)

Kebanyakan kita hanya melalui "ramadan primary school" iaitu hanya menahan lapar dan dahaga. Adakah ini sudah memadai untuk membolehkan puasa kita diterima.
Cuba kita renung hadis ini:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الّزُوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةً فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ"

Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak elok maka Allah tidak memerlukan (memberi pahala) terhadap meninggalkan makan dan minum."
(Hr Bukhari - sahih)

Hadis dibawah ini lebih menjelaskan lagi apakah puasa yang sebenar.
Nabi saw bersabda:

لَيْسَ الّصِيَامُ مِنْ الّطَعَامِ وَالّشَرَابِ إِنَّمَا الّصِيَامُ مِنَ الّلَغْوِ وَالّرَفَثِ
"
Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha dan tidak bercakap perkataan yang keji."
(Hr Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi - sahih)

Setelah kita membaca kedua hadis ini, kita mesti merenung dan mengingati kembali segala puasa-puasa kita sebelum ini. Bagaimana dengan puasa kita selama ini. Cuba kita lontarkan persoalan-persoalan ini:

1. Adakah kita masih mengumpat (walaupun benar) dan mengata keburukan orang lain semasa puasa? Memaki dan mencerca orang lain?

2. Adakah kita masih memandang perkara yang haram semasa puasa? melihat movie yang mengandungi gambar yg boleh menyeronokkan nafsu syahwat kita? kebanyakan drama, filem dll ada perkara ini.

3. Adakah kita masih melakukan hubungan cinta semasa puasa ?

4. Adakah kita mendengar lagu-lagu yang haram atau mendengar orang yang mengumpat ketika puasa?

5. Adakah kita menggunakan tangan dan kaki kita untuk perkara yang haram?Kalau ada salah satu perkara diatas, maka dikhuatiri pahala amalannya lenyap begitu sahaja. Habislah penat lelah dia berpuasa.

Renungilah hadis dibawah ini:

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوْعُ وَالْعَطَش"

Ramai orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja."
(Hr Ibnu Majah - hasan sahih)

Semestinya kita merasa takut dan bimbang termasuk dalam orang yang tidak diterima puasa dan amalannya. Inilah sikap para ulama salafus soleh yang begitu bimbang amalan mereka tidak diterima walaupun mereka telah melakukan yang terbaik.

Abdullah Ibnu Umar berkata:"Kalaulah aku mengetahui Allah sudah menerima daripadaku satu sujud atau satu dirham sedekah , pasti kematian lebih aku cintai dari segalanya."

Seorang sahabat Nabi saw Fudalah ra juga berkata:"Kalau aku tahu Allah telah menerima amalanku sebesar biji zarah lebih aku sukai dari dunia dan seisinya."

Oleh itu kita kena sentiasa menilai kembali puasa kita, ditahap manakah ia? kalau kita sudah dapat memelihara anggota kita dari perbuatan yang tidak elok semasa puasa maka kita sudah layak ke tahap pertengahan atau kita sebut "sekolah menengah".

Bagaimakah untuk kita melayakkan puasa kita ditahap "universiti". Kita bukan sahaja menjaga anggota kita semasa puasa malahan menjaga hati kita dari selain dari Allah. Inilah jawapan seorang Soleh, bila ditanya "Kamu puasa dari apa?"

lalu beliau menjawab: أن الصائم عما سوى الله

"Aku menahan diri dari mengingati selain dari Allah."

KesimpulanMarilah kita sama-sama meningkat kualiti puasa kita. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Ini bagi memastikan amalan kita diterima. Ramai orang yang diberi kekuatan untuk beramal tetapi tidak ramai amalannya yang diterima.

Imam Ibnu
"Ataillah as-Sakandari berkata:رُبَّمَا فَتَحَ لَكَ بَابَ الّطَاعَةِ وَلَمْ يَفْتَحْ لَكَ بَابَ الْقَبُوْل

Kemungkinan Allah membuka pintu amal untuk kamu dan Allah belum membuka pintu penerimaan amalan untukmu."Penerimaan amalan memerlukan keikhlasan dan bertepatan dengan apa yang dituntut oleh syara'. Kita mesti menuntut ilmu untuk memastikan amalan kita bertepatan dengan syariat dan bagaimana utuk mencapai keikhlasan. Oleh itu sama-samalah kita turun belajar menambah ilmu di kelas-kelas pengajian. Sunnah dalam menuntut ilmu adalah belajar berguru secara berdepan seperti mana Nabi terima wahyu dari Jibril dan para sahabat belajar dari Nabi saw.

Nabi saw bersabda:مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُرُيْدُ إِلَّا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يُعَلِّمَهُ كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍ تَامٌّ حَجَّتُهُ"

Sesiapa yang pergi ke Masjid waktu pagi hanya semata-mata menuntut ilmu yang baik atau mengajarnya dia mendapat pahala orang yang menunaikan haji yang mana sempurna hajinya."
(Hr Hakim dan Tabrani - Hasan)

Kenapa pahala sebesar ini tidak diberikan kepada orang yang menambah ilmu dgn pembacaan? Cuba fikir... InsyaAllah saya akan jawab dalam tajuk belajar secara berdepan dengan guru. Tidak salah membaca, malahan digalakkan tapi jadikan ia sebagai tambahan bukan yang utama.TINGKATKAN KUALITI PUASA KITA

Rujukan: Tafsir Sofwatut Tafasir oleh Sobuni, Lataiful Ma'arif oleh Ibnu Rajab dan Makhawifus Solihin Min adamil Qabulil A'mal oleh Dr Muhammad Azuz .

Posted by akhisalman

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:50 AM

Sunday, September 6, 2009

Jentera Tempur SURECO

Jentera Tempur SURECO...

Kandang Kambing Kedua Dalam Pembinaan


Kandang Kambing Kedua Kini Dalam Pembinaan


Anak Kambing Pertama Makin Sihat dan Cergas

Comel anak kambing pertama semakin sihat dan cergas

Saturday, September 5, 2009

Adakah Badan Anda Berasid?

Adakah badan anda berasid?

Sila jawab soalan kuiz di bawah :

Sebelum itu, sila dapatkan pen dan sehelai kertas. Jika anda mempunyai simptom di bawah, sila tandakan ‘Ya’ : dan jika tidak, sila tandakan ‘Tidak’.

1. Tidak bermaya selepas bangun pagi

2. Susah tidur malam (imsomnia)

3. Rasa letih sepanjang hari

4. Kurang sabar, tergesa-gesa untuk habiskan kerja

5. Emosi tidak stabil, mudah marah

6. Mudah digigit serangga

7. Mudah dijangkiti penyakit kulit

8. Mudah demam atau selsema

9. Mempunyai tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, penyakit berkaitan dengan hati

10. Mempunyai penyakit diabetis, buah pinggang atau gout

11. Selalu sakit kepala, sakit kaki, sakit bahu, sakit pinggang

12. Badan gemuk

13. Mempunyai gastrik, ulser

14. Alahan dan sembelit

16. Asma, imsomnia, jiwa terganggu

17. Kurang selera makan

18. Gusi mudah berdarah

19. Luka mudah bernanah

20. Gemar minuman ringan

21. Gemar makan daging dan makanan berminyak

22. Gemar mengambil alkohol

23. Gemar makanan manis

24. Suka merokok

Penilaian diri :
1 – 5 : Tahniah! Keadaan kesihatan anda masih memuaskan.
6 – 10 : Badan anda sudah mula berasid, anda perlu menjaga pemakanan anda.
11 – 23 : Keadaan asid di dalam badan anda berada pada tahap yang tinggi.

Selepas seseorang itu mencapai umur 24 tahun, darah di dalam badan akan mula berasid. Jika anda berumur 30 tahun dan menghadapi masalah nombor 6 hingga 8, keadaan asid di dalam badan anda telah mencapai tahap berbahaya. Apa yang harus anda lakukan? Ambillah tindakan sewajarnya dengan segera.

Bagaimana mengimbangkan badan berasid Darah bagi seseorang yang sihat berada di antara tahap pH6.8 – pH7.8 iaitu badan beralkali. Mengikut kajian, pengambilan makanan berasid berlebihan akan menjejaskan kesihatan. Tahap pH dalam darah akan menjadi berasid, seterusnya menjadikan metabolisme badan tidak stabil. Ini akan menyebabkan pelbagai penyakit. Pengawalan tahap pH darah adalah cara paling baik untuk mengekalkan tahap kesihatan. Namun, dalam dunia hari ini yang penuh kemewahan, kita biasa mengambil makanan berprotein seperti ikan, daging, telur, siput dan sebagainya yang mengandungi asid berlebihan. Mengambil makanan sebegini untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan darah berasid. Inilah yang dikatakan darah beracun asid di mana ia memerlukan badan beralkali (kalsium, potassium, megnesium) untuk mengimbangkan keasidannya supaya ia menjadi neutral dan disingkirkan daripada badan.

Diri anda adalah apa yang anda makan. Salam sihat. Jumpa lagi…