Saturday, September 5, 2009

Adakah Badan Anda Berasid?

Adakah badan anda berasid?

Sila jawab soalan kuiz di bawah :

Sebelum itu, sila dapatkan pen dan sehelai kertas. Jika anda mempunyai simptom di bawah, sila tandakan ‘Ya’ : dan jika tidak, sila tandakan ‘Tidak’.

1. Tidak bermaya selepas bangun pagi

2. Susah tidur malam (imsomnia)

3. Rasa letih sepanjang hari

4. Kurang sabar, tergesa-gesa untuk habiskan kerja

5. Emosi tidak stabil, mudah marah

6. Mudah digigit serangga

7. Mudah dijangkiti penyakit kulit

8. Mudah demam atau selsema

9. Mempunyai tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, penyakit berkaitan dengan hati

10. Mempunyai penyakit diabetis, buah pinggang atau gout

11. Selalu sakit kepala, sakit kaki, sakit bahu, sakit pinggang

12. Badan gemuk

13. Mempunyai gastrik, ulser

14. Alahan dan sembelit

16. Asma, imsomnia, jiwa terganggu

17. Kurang selera makan

18. Gusi mudah berdarah

19. Luka mudah bernanah

20. Gemar minuman ringan

21. Gemar makan daging dan makanan berminyak

22. Gemar mengambil alkohol

23. Gemar makanan manis

24. Suka merokok

Penilaian diri :
1 – 5 : Tahniah! Keadaan kesihatan anda masih memuaskan.
6 – 10 : Badan anda sudah mula berasid, anda perlu menjaga pemakanan anda.
11 – 23 : Keadaan asid di dalam badan anda berada pada tahap yang tinggi.

Selepas seseorang itu mencapai umur 24 tahun, darah di dalam badan akan mula berasid. Jika anda berumur 30 tahun dan menghadapi masalah nombor 6 hingga 8, keadaan asid di dalam badan anda telah mencapai tahap berbahaya. Apa yang harus anda lakukan? Ambillah tindakan sewajarnya dengan segera.

Bagaimana mengimbangkan badan berasid Darah bagi seseorang yang sihat berada di antara tahap pH6.8 – pH7.8 iaitu badan beralkali. Mengikut kajian, pengambilan makanan berasid berlebihan akan menjejaskan kesihatan. Tahap pH dalam darah akan menjadi berasid, seterusnya menjadikan metabolisme badan tidak stabil. Ini akan menyebabkan pelbagai penyakit. Pengawalan tahap pH darah adalah cara paling baik untuk mengekalkan tahap kesihatan. Namun, dalam dunia hari ini yang penuh kemewahan, kita biasa mengambil makanan berprotein seperti ikan, daging, telur, siput dan sebagainya yang mengandungi asid berlebihan. Mengambil makanan sebegini untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan darah berasid. Inilah yang dikatakan darah beracun asid di mana ia memerlukan badan beralkali (kalsium, potassium, megnesium) untuk mengimbangkan keasidannya supaya ia menjadi neutral dan disingkirkan daripada badan.

Diri anda adalah apa yang anda makan. Salam sihat. Jumpa lagi…

No comments:

Post a Comment