Thursday, September 16, 2010

Badan Manusia - Doktor yang Paling Bagus di Dunia

Badan Manusia - Doktor yang Paling Bagus di Dunia

Perkataan ´doktor´ di atas merujuk kepada suatu fungsi dalaman yang sedia berkhidmat di dalam tubuh badan kita.

Ia bekerja 24 jam sehari agar tubuh badan kita kekal sihat sepanjang masa. Semasa kita menghidapi selsema, ia akan menghasilkan suatu cecair mukus untuk menyingkirkan bakteria daripada tubuh badan kita. Sebaik saja sembuh dari selsema, bahagian dada dan peparu kita akan merasa sesak dan tidak selesa. Keadaan ini akan membuatkan kita batuk, agar dapat melegakan bahagian paru-paru kita daripada ketidakselesaan. Apabila kita menghidapi demam, ia merupakan satu petunjuk bahawa badan kita sedang melawan jangkitan. Jika kita mengambil makanan yang tidak bersesuaian dengan badan kita, doktor akan membuatkan kita muntah bagi menyingkirkan makanan tersebut.

Dalam pada itu, apabila doktor kita mengesan sel-sel yang tidak normal, sebagai tindak balas, ia akan mengurung sel-sel yang disyaki dengan segera. lalu membentuk tumor. Walau betapa kecil pun serpihan yang di kesan, badan kita tetap akan meyingkirkannya dalam masa beberapa jam. Semasa kita tidur, doktor kita turut akan bekerja tanpa berhenti untuk membersihkan badan kita dan mempersiapkan kita agar bersedia untuk mengharungi hari yang berikutnya.

Sekiranya anda ingin doktor anda sentiasa berada dalam keadaan optimum, maka anda perlu mengambil air yang banyak, buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi serta nutrisi yang seimbang . Malah, tidak dilupakan juga senaman yang mencukupi. Ingat, umur anda semakin menigkat, doktor anda perlu bekerja lebih keras . Justeru itu, anda perlu memberikan segala bantuan yang diperlukan untuk memastikan anda kekal sihat. (Sekiranya anda fikir secara mendalam, anda akan mendapati bahawa tubuh badan manusia merupakan satu-satunya doktor yang dapat mengubati anda.)

Sumber: Majalah Australia , Isu ke-2 (April 2006)

No comments:

Post a Comment