Friday, September 24, 2010

Khasiat Mengkudu (Ratu Tumbuhan Berbuah Sakti)

Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda citrifolia adalah sejenis tumbuhan herba yang dikatakan berasal dari kawasan Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Tumbuhan ini menjadi sumber perawatan yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Melalui penulisan Gard Bull dalam buku Medical Book of Malayan Medicine, 1930 menyatakan mengkudu digunakan oleh orang Melayu untuk rawatan bagi masalah keputihan, pembuangan air kecil dan membuang toksik dalam badan. Kajian juga menunjukkan bahawa sejak 2000 tahun yang lampau, orang Polynesia menggunakan tumbuhan ini untuk merawat masalah kandungan gula dalam darah, tekanan darah tinggi,sakit otot, sakit kepala dan pelbagai lagi masalah kesihatan.

Khasiat mengkudu apabila diamalkan secara berterusan boleh memberi faedah-faedah berikut kepada para pengamal:

  • Membantu mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor
  • Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol dalam tubuh
  • Melegakan gangguan dalam tubuh seperti kencing manis, sakit kepala, masalah ginjal, buah pinggang, pundi hempedu dan tiroid
  • Melegakan masalah berkaitan sistem pernafasan seperti resdung, asma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan demam selsema.
  • Melegakan gangguan sistem penghadaman seperti perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah, buasir dan keracunan makanan
  • Melegakan masalah berkaitan dengan mulut dan tekak seperti radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi
  • Melegakan sakit tulang dan sendi, terseliuh dan gout
  • Membantu memulihkan penyakit kulit seperti luka, gatal-gatal, bisul, kurap, radang dan ulser kulit
  • Melegakan sakit puan seperti senggugut dan gangguan haid
  • Membantu memulihkan kesan umum penuaan (awet muda)
  • Membantu menghilangkan ketagihan dadah dan rokok
  • Membantu memulihkan sistem kesuburan lelaki dan wanita
  • Meredakan kesakitan (analgesik)
  • Meningkatkan tenaga tubuh badan
  • Mengurangkan tekanan (stress)

Selain daripada buah mengkudu, setiap bahagian pokok mengkudu juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata, kulitnya boleh mengubati penyakit malaria dan disentri. Daunnya pula boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman yang bermujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Air rebusan daun mengkudu boleh menyihatkan dan mengecutkan rahim ibu yang baru bersalin. Batang mengkudu boleh mengurangkan tekanan darah. Akarnya pula sesuai untuk penawar penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak. Selain daripada itu, mengkudu juga boleh meredakan penyakit batuk, penyakit kuning, demam panas, merekah tumit kaki dan betis kering bersisik.

No comments:

Post a Comment